CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

LELAKI YANG DITARIK WANITA MASUK KE DALAM NERAKA

Assalamualaikum pembuka bicaraku..

RENUNGAN KEPADA KAUM LELAKI DAN WANITA...




LELAKI YANG DITARIK WANITA MASUK KE DALAM NERAKA


Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh 



wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga 


amanah itu. Mereka ialah:







1. Ayahnya



Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia



tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya 


Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya 


memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.





2. Suaminya



Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, 



memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. 


Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah 


bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama 


ke dlm neraka.





3. Abang-abangnya



Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-



abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja 


dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.








4. Anak2 lelakinya


Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. 


bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka 


anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan 


ibunya ke neraka. 









Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun 



tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus 


memainkan peranan mereka.

No comments:

Post a Comment