CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Teringan sikit zaman kanak-kanak

Assalamualaikum pembuka bicaraku...

Rabu,,25 Mei 2011......
Tadi masa tengah mengemop umah - rajinnya anak dara sapa la ni kan.. hahaha..- Rumah arwah embah aku di jadikan kelas mengaji setiap hari Isnin hingga Khamis dari pukul 5 petang sehingga 6.30 petang.. Tidak kira umur. Meh la datang =D
OK,,OK,,sambung balik cerita.. Masa tu juga la budak-budak yang telah selesai mengaji diorang bermai-main dengan penuh keseronokan.. Pehhhhhh! Main kejar2 tu.. Alah,,hantu2 kot.. Entah lupa la namanya.. Ada je yang berlaku.. Tengah main2 si Ayu meradang sebab ada kawan2 main tipu.. Yang jadi masa Nadirah.. Dah,,si Nadirah pulak merajok.. Alahai,,, si Ayu pulak memujuk.. Pastu sambung balik main.. Pastu Ayu meradang lak sebab sorang budak laki ni main tipu lagi.. Dan bla..bla..bla.. Hahahahaha. Main,,merajuk,,main,,merajuk.. Kelakar la..
Ada yang main lumba basikal.. Ceh!! Main tuju ke jalan raya!! Hambek kau!! Kena marah dengan aku!! Pastu saling menyalahkan dan aku hantam balik cakap "kau pun sama!!" Kawan yang lain pun ngikut! Alahai dak kecik ni.. Tau tak bahaya main kat jalan raya.? Kalau kena langgar kan susah.. Hmmmmm,,
Ada peristiwa yang tak leh tahan bila si Nadirah merajuk Ayu pujuk dan kata "alah,,tengok tu merajuk.. Jangan la merajuk.. Tak nak kawan nanti masuk api neraka tau" -lebih kurang la tu ayatnya- Mula2 aku ingat Ayu tak nak pujuk si Nadirah sebab dah geram geler,,rupa2nya pujuk gak..
Pastu ada lagi,,Ayu terjatuhkan muqadam dia.. Sorang dak laki ni cakap "ayok!! tak tau!! dah,,cium 3 kali" Ayu jawab "sekali cukup la!! kalau 3 kali masuk api neraka!! dosa!!" APAKAH?????? TERKEJUT aku!! Betul ke?? Entah la..Aku pun tak tau..
Ada lagi,,dak2 ni suka sangat main batu..Baling ke rumput depan rumah aku ni.. Yang pernah datang rumah aku mesti tau kat mana kan?? Dahhhhh,,jadi kerja tambahan samada bapak aku ataupun aku.. Kalau adik-adik cuti sekolah diorang kena buat!! Hahahaha!! Yes!! Pastu si Ayu dah pegang batu entah nak main apa dak laki tu tegur dan tunjuk pada Ayu dan Ayu pon cakap "ok" lalu diletakkan semula batu tersebut..
Ok,,GEMBIRA bukan??? Ye!! Memang gembira tapi GERAM jugak!! Baru tinggal tak lama diorang dah buat hal.. Kerusi batu yang ada kat pondok tempat diorg main2 (yang tau rumah aku mesti tau yg mana) diorang dan pecah kan.. Kerusi tu terbelah tengah dan 1 kaki nya dah terpisah daripada yang lain.. Oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!! KURANG  AJAR KAU BUDAK!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment